Tuesday, January 20, 2009


KISAH KU BERMULA DARI...

Tangal 8 oktober 1985, jam 6.15 pagi telah bergema teriakan seorang bayi lelaki di hospital daerah Baling. Daripada seorang insan yang amat mulia, seorang ibu yang penyanyang. Dimulakan dengan laungan azan dan iqamah ditelinga oleh seorang ayah yang penyabar. Insan yang baru dilahirkan ini adalah aku yang dinamakan sebagai Mohd Nazri b Yaacub.

Terus membesar mula mengenal erti hidup, erti menagis, erti ketawa. Terus belajar dalam didikan yang amat sempurna. Daripada ibu dan ayah, atuk dan nenek. Dijaga dengan penuh kasih dan sayang. Dihantar dan diambil oleh nenek di tadika, nak tau kenapa....sebab selalu menangis kalau tak dihantar dan tak diambil. Sehingga setahun, begitulah rutin harian seorang anak manja....

Sekolah rendah yang biasa, cikgu yang biasa tetapi boleh melahirkan ramai pelajar yang mendapat keputusan yang hebat. termasuklah insan yang menulis blog ini...hehehe

Perjalann diteruskan lagi...menuntut disekolah menengah agama yang pada pandangan infrastrukturnya adalah daif. Tak ada makmal, tak ada bilik KH, tak ada pusat sumber, perpustakaan pun hanya 1 kelas sahaja. Kelas yang kecil tetapi pelajar yang ramai, aku tetap belajar dan menuntut ilmu. Hanya kerana, hasrat mak nak tengok anaknya menjadi seorang ustaz. Aku terus berusaha walaupun di sekolah yang tidak hebat, tidak terkenal, tidak maju tetapi....kami tetap yakin segala kejayaan bukan terletak pada besarnya sekolah, hebatnya sekolah, terkenalnya sekolah, besarnya makmal sainnya dan mempunyai padang yang besar. Tetapi semangat dan kesungguhan menentu segalanya. Aku tetap yakin bahawa aku adalah hebat....dan memang betul aku hebat...di sekolah yang tak ada makmal sains, aku dapat A1 matapelajaran sains, walaupun cikgu matematik, Bahasa Melayu, Sejarah hanya lulusan STP, aku tetap dapat A1 dalam Matematik. Dan yang penting, aku ingin menjadi seorang USTAZ, sudah pasti aku mendapat A1 dalam Syariah, Usulludin dan Bahasa Arab Tinggi.....inilah kejayaan pada masa tersebut.

Aku tetap dengan semangat ku untuk menjadi Ustaz pakar dalam Usuludin dan Syariah, aku tidak meninggalkan sekolah ku walaupun mendapat tawaran ke Nilam Puri, UM. Dengan hasrat nak ke Mesir aku mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM)...dengan semanagat untuk berjaya aku mendapat apa yang diaharapkan...untuk melanjutkan pelajaran ke MESIR, tetapi takdir yang menentukan segalanya, dua bulan sebelum berangkat ke Mesir, nenek kesanyangan yang aku tingal bersama semenjak dari kecil, tempat aku meluahkan kasih sayang telah pergi menenui Ilahi, aku amat sedih dan aku dinasihatkan oleh ibu supaya tidak ke Mesir kerana emosi ku tidak stabil , selalu menagis dan bersedih...

Ku ubah haluan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS)...mengambil STPM, moga-moga aku dapat memasuki Universiti tempatan, dan aku tetap dengan usaha yang bersemangat untuk berjaya...dan kini, aku ditakdirkan dan ditetapkan berada di....

“kursus Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris”

Alhamdulillah...

Tips Meningkatkan Keyakinan Diri

Tips Meningkatkan Keyakinan Diri


• Sayangi diri sendiri
o Pernah dengar, “Macam mana orang nak sayang kita kalau kita tak sayang diri sendri?” memang betul pun kan ungkapan ni. Apa lagi yang orang mampu buat kalau kita sendiri tak sayang diri. Macam mana caranya nak saying diri sendri? Kalau susah, bayangkan begini. Kita ada orang yang kita sayangi, apa yang kita takmau dia lakukan maka janganlah kita lakukan perkara yang sama. Sebenarnya tak sama menyayangi diri sendiri dengan menyayangi orang lain. Anda akan lebih menyayangi yang lain jika anda menyayangi diri sendri.
o Pernahkah memeluk diri sendiri? Cubalah setiap kali sebelum tidur dan sesudah bangun tidur. Rasanya kaedah ini akan berkesan. Semasa memeluk, hayatilah kasih sayang yang keluar dan meresap masuk semula ke hati sanubari kita.

• Melihat ke dalam cermin
o Malu tak tengok cermin? Ahaks, I’m a kind of this grup. Saye malu ho nak ngadap cermin. Especially kalau orang ada sekitar saya. Tapi mulai hari ni rasanya saya mahu belajar melihat cermin. Sebab dikatakan, dengan melihat cermin dan memberikan senyuman untuk penampilan diri sendri adalah satu sumbangan besar. Ini menunjukkan kita bangga dengan apa yang telah diberikan kepada kita. He he, esok2 kene la saya beli cermin sebab dalam umah ni ade satu jek. Tu pun kecik dan sangat jarang digunakan. Kalau suami saye nak adjust misai dgn jambang dia jek guna..ha ha…

• Buat sesuatu yang menggembirakan
o Ayat ini sangat subjektif. Apa saja yang menggembirakan. Anything!!! Jika kita gembira menanam, maka tanamlah apa yang boleh ditanam. Kalau anda gembira membaca buku, maka ia adalah kegiatan yang berbaloi untuk dilakukan.

• Dengar kata2 sendri
o Takde sape lagi yang memahami diri kita melainkan diri kita sendiri. Orang lain mungkin boleh mengadili kita tetapi, mungkin mereka tak mengenali diri kita seperti mana kita mengenali diri sendiri. Dengarlah kata hati dan naluri sendiri kerana kebanyakan daripadanya adalah benar dan pedulikan apa juga yang orang lain bakal kata. Mereka belum tentu mahukan yang terbaik buat kita.

• Bercakap dengan diri sendrik
o Pada masa tertekan, bercakaplah dengan diri sendiri. Dengan diri sendiri, kita bebas berbual apa sahaja. Cuba kata pada diri sendiri bahawa bertuah menjadi diri sendiri. Hargai semua kemajuan dan peningkatan yang telah diri kita lakukan.
• Buang yang negative
o Sekiranya rumah bersepah, kemaskan. Sekiranya kerja tidak selesai, maka selesaikan. Sekiranya kawan kita sering berkata yang negative, beritahu dengan baik bahawa kita tak maukan ini. Pendek kata kalau ada sesuatu yang negative, cuba buangkan.

• Ambil yang positif
o Jangan paksa diri buat benda yang diri sendiri tak suka. Jika gembira untuk menjahit, maka carilah sesuatu untuk dijahit. Sekiranya anda suka untuk bergambar, maka bergambarlah.

• Jauhkan bergossip
o Tak kira walau seronok mana sekalipun bergossip, tinggalkanlah kerana bila kita berkata buruk tentang orang, perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada kita

• Berlaku jujur
o Jujurlah dengan diri setiap masa. Sekiranya ada sesuatu yang anda tak suka, maka terimalah. Jika ada sesuatu yang kita tak mau melakukannya sekarang, dan perkara itu tidak memudaratkan keselamatan dan kesihatan kita, maka tangguhkanlah perkara itu di lain masa. Sama juga dengan ada perkara yang kita suka lakukan, maka lakukannya selagi ia tidak menyakiti orang lain. Jika anda rasa diri anda bagus, enjoy dengan perasaan tu sekalipun atas sebab yang tak jelas.

• Bertanggungjawab
o Tunjukkan sikap tanggungjawab pada semua tindakan kita sendiri. Jangan buat orang lain menanggung kesalahan yang kita buat. Sekalipun itu kesalahan, anda akan lebih lega berbanding dengan menanggung rasa bersalah seumur hidup kita. Jangan menggalas tanggungjawab orang lain hanya kerana anda merasakan anda perlu melakukannya.

• Hadapi semua kenyataan
o Jika kita berasa tidak selamat, tidak pasti, takut2, pergi ke dalam diri sendiri. Sebagai contoh, sekiranya anda gugup menjadi seorang peguam, yakinkan bahawa anda adalah seorang peguam yang baik. Kalau bukan hari ini, esok anda masih perlu menjadi peguam yang baik.

• Rajin mencuba
o Ada kala percubaan pertama tak menjadi. Kesilapan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Belajar dari kesilapan yang telah kita lakukan kerana itu adalah guru terbaik buat kita. Suatu masa, kita akan mengetahui bahawa kejayaan yang kita buat adalah kejayaan paling bermakna buat diri sendiri.

• Hargai penghargaan orang
o Jika anda telah melakukan sesuatu yang bagus dan orang lain menghargainya, terimalah penghargaan itu dengan ungkapan terima kasih. Mengertilah, mereka menghargai kita kerwana mereka betul2 menghargai kita atas apa yang kita lakukan.

• Berdiri dengan rasa yakin
o Posting badan kita hendaklah menunjukkan keyakinan diri. Berdiri tegak, jgn membongkok, luruskan bahu dan tegakkan kepala. Senyum akan membuatkan diri anda lebih yakin.

• Beramah mesra
o Beri salam kepada orang terutamanya yang dikenali. Sapa siapa sahaja yang anda kenal. Berikan senyuman supaya orang akan membalasinya dengan senyuman juga. Kita akan berasa gembira sekiranya orang senyum kepada kita.

• Jangan katakan tidak
o Bila kita rasa kita tak boleh buat, sebenarnya kita takut utk berkata ya. Sekali berkata tidak, maka itu menunjukkan kita belum cukup yakin dengan kemampuan diri sendiri. Sekalipun belum pernah mencuba lagi untuk melakukan sesuatu, katakan bahawa anda boleh melakukannya kerana ini lebih memberi inspirasi berbanding mengatakan tidak.

• Aktifkan diri
o Kalau sekalipun anda takde pekerjaan, jangan hanya duduk tanpa membuat sesuatu. Carilah sesuatu untuk diusahakan supaya masa kosong tidak merosakkan diri anda.

• Happy foods!!
o Makanlah makanan yang menggembirakan seperti coklat, strawberi, lemon, aiskrim dimana makanan seperti ini akan meningkatkan kandungan serotonin di dalam otak dan akan menimbulkan perasaan gembira pada diri.

• Hadapi ketakutan
o Orang yang dipandang paling berani juga sebenarnya bermula dengan takut. Ketakutan hanya boleh dilawan jika kita berhadapan dengannya. Sebagai contoh, bercakap di khalayak ramai dilihat menakutkan namun jika anda berjaya melakukannya, anda akan bangga dengan diri anda sendiri.

• Optimistic
o Setkan gol yang perlu anda tuju. Bertatih dari awal untuk mencapai tujuan itu. Seperti bayi, bayi tidak melangkah terus dengan langkah yang betul.

• Bertanya soklan
o Jika kita risaukan sesuatu, jgn cepat menyalah kan diri sendiri dengan soalan-soalan yang menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh anda telah membuatkan seseorang marah, jgn menyalahkan diri dengan soalan, “Kenapalah aku buat dia marah?”, tetapi sepatutnya anda bertanya soalan yang lebih positif seperti, “Apakah yang boleh aku lakukan untuk mengeratkan semula hubungan yang dah rapuh ni?”.

• Belajar
o Terimalah yang tidak semua yang kita rancangkan akan jadi kenyataan. Terima kesalahan dan penolakan orang sebagai sesuatu yang perlu kita lalui untuk mencapai tahap yang lebih baik. Jadi belajarlah sebanyak boleh.

Tuesday, January 6, 2009

Perkongsian Ilmu..

Antara sifat –sifat negative yang perlu dihilangkan didalam diri…

1. pemarah @ terlalu cepat marah walaupun terhadap perkara yang kecil dan remeh.

2. Pendendam.( menurut Dr perubatan, seorang yang pendendam lebih risiko menghidap penyakit jantung.

3. Hasad dengki

4. Bakhil @ kedekut untuk menolong manusia yang dalam kesusahan, terutama ahli keluarga dan agama.

5. Tamak, sentiasa tidak puas dengan apa yang ada dan tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.

6. Tidak sabar, sentiasa berkerja dalam keadaan tergopoh-gapah dan kalut.

7. Ego, merasai dirinya adalah yang terbaik , hebat dan berkuasa.

8. Riak , sentiasa memikirkan bagaimana untuk dirinya sentiasa dipuji.

9. Terlalu mencintai perkara keduniaan dan melupai bahawa setiap manusia akan ke tempat yang satu….akhirat (syurga @ neraka)

Thursday, January 1, 2009

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1.Melapangkan masa/belanja anak isteri.(Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini)

2.Memuliakan fakir miskin.(Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti)

3.Menahan marah.

4.Menunjukkan orang sesat.(Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya)

5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6.Bersedekah.(Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini)

7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11.Sembahyang sunat empat rakaat. Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sejarah Hijrah

Sejarahnya bermula...Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.
Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.


Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira.
Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT
.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan calendar HIJRAH...

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Segala puji-pujian hanya pada ALLAH yang maha berkuasa, tuhan sekalian alam, yang menurunkan segala nikmat kepada makhluknya. Ucapan selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah s.a.w, keluarga, sahabat baginda dan kepada seluruh penyampai syariat islam sehingga ke hari kiamat.

Dengan rasa penuh kesyukuran yang tidak terhingga, berkat taufik dan hidayah-NYA, ahkirnya kami dapat berjumpa semula dengan Awal tahun Hijrah 1430H dan Tahun 2009 . “fikrahdakwah” akan bersama-sama dengan pemikir-pemikir dakwah yang lain untuk mengunakan medan teknologi ini sebagai salah satu medan dakwah kita kepada menyeru "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR". Di kesempatan ini, sidang editor ingin mengucapkan selamat datang kepada peLAYAR-PELAYAR blog..ke blog saya ini "FIKRAHDAKWAH" SEBAGAI PERKONGSIAN ILMU...

Semoga dengan sambutan dua tahun baru ini dapat memberikan semangat untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangaN di dunia dan d,akhirat..

Sidang Editor